3 Julai 2010, 10.33 malam aku kat umah sorang-sorang, bebudak umah pegi Kaherah n sorang lagi pegi umah baru dia ( hu..hu~ dia nak keluar dari umah nie laa… ). Hmm…so malam ni aq decide untuk buat blog lah…. dah piker dah..n tnya2 orang…. Jd rasanya x rugi lah mencuba untuk buat blog.
Berdasarkan bacaan dan rujukan….blog nie adalah sejenis website yang diurus oleh admin ia di gunakan untuk memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian.
So..aku plak nak wat apa kat blog nih… Buat suka ati lah kan. Sebenarnya yang merisaukan aku untuk membuat atau menulis blog nie.
Yang PERTAMA : Risau blog nie jadi tempat mengeluh, mula2 risau gitu-gitu je…tapi td dapat email dari kawan bagi tazkirah ni yg buat tambah seram nak wat blog nie, mcm ni dia tulis (x tau lah dia tulis ke sapa tulis.. ha..ha..)
mengeluh, perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram, kerana itu
Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah: merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula,
“Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh jika dia mati sebelum taubat maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.
(Riwayat oleh Imam Majah)
Yang KEDUA : Risau blog nie jadi tempat mengumpat, ramai dah maklum kan dengan hal mengumpat nie…dah memang tak elok tapi susah ditinggalkan. Nak cerita pasal mengumpat nie pon malas gak ramai dah tau kan… kalau nak tau tekan je kat search engine tuh.
Yang KETIGA : Risau blog nie jadi tempat berbangga diri. Huh…. Ni risau sangat-sangat nie… jd nak cakap awal2 lah ye…diri yang menulis nie org biasa…nak berkata-kata nak menulis lebih senang dari mengamalkan.
Yang KEEMPAT : Hmmm..apa lagi ek… banyak lagi sebenarnya..tapi dah tak ingat. So, apa yang penting tolong untuk ingat-ingatkan, kalau ada apa2 yang tersalah dan tersilap, tu ,merupakan tanggungjawab anda sebagai pembaca…
So, sampai sini je lah kot tulisan saya buat yg FIRST nih..nak kata dakwat habis bukan tulis guna pen..nak kata masa mencemburui ada bnyak masa lg sebenarnya…. Tapi setakat ni je lah dulu buat yg FIRST nih..Jangan lupa tnggalkan komen ya…
(3 JULAI 2010: 11.22PM)
salam....
BalasPadamizinkan ummi menjadi pengkritik yang PERTAMA!!!!
1. Congrats for the births of this new baby...
2. Istiqamah dalam penulisan....dan biarlah dari hati walaupun pedih!
3. semoga blog ni menjadikan kita insan yg lebih dekat dgn allah swt!!
Take care dear,
luv,
ummiMM