Selasa, 27 Julai 2010

KITA Vs AURAT

Assalamualaikum...28 Julai 2010, 1.36 pagi....

Subahanallah... Alhamdulillah... Allahuakhbar...

Kali nie tak da apa pun nak tulis..tapi just nak kongsi satu seloka yg ana terbaca dalam forum BKPSM(Badan Kebajikan Pelajar Sabah Mesir) silakan lah baca...

Sebuah Seloka: Bertajuk : "KITA DAN AURAT"

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
.......................................................................................................
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.
.............................................................................................................
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
.............................................................................................................
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
.............................................................................................................
Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.
.............................................................................................................
Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
.............................................................................................................
Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.
.............................................................................................................
Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
.............................................................................................................
Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.
.............................................................................................................
Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.
.............................................................................................................
Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.
.............................................................................................................
Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.
.............................................................................................................
Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
.............................................................................................................
Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.
.............................................................................................................
Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.
.............................................................................................................
Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
.............................................................................................................
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.
.............................................................................................................
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

.......................................................................

Sekian Terima(lah) Kasih


ORI BY: Azhari(s)
http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/11/sebuah-seloka-kita-dan-aurati.html




Selasa, 20 Julai 2010

ALHAMDULILLAH RESULT DAH KELUAR

Assalamualaikum….20 JULAI 2010, 10.05 pagi,

Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar….

Agak lama gak tak update blog nih…hm.x da mood nak mencoret…ni pun tgh x da mood tp ana try…Ari tu x da mood sebab stress tunggu result….hm….takot rr mana tau result x elok kan, hm…

Alhamdulillah setelah penantian yang sekian lama….akhirnya result pun keluar, pada tarikh 18 JULAI 2010….ha..pada tarikh nie..semua budak-budak, x kira budak arab atau melayu…semua pergi ke Gamaah(Universiti) untuk melihat result masing-masing. Tapi lain pulak ngan ana…semasa budak-budak lain beramai-ramai ke Gamaah, ana masih lena dibuai mimpi(x da mimpi pon), Em…sebab apa ana tidur pada masa yang genting nih….ha..ha…ana malas nak bangun sebab kalau bangun terfikit-fikir lah result ni mcm mana, berdebar-debar lah jantng untuk menanti…so ana pon tido…

Pada pukul 4 petang, ana pun terjaga…bangun je….ana terus menunaikan kewajipan-kewajipan yang belum tertunai, serta hajat-hajat yang terpendam…kemudian ana pun kol ahli bait ana…bertanyakan result…Hmm….ni yang sedih nie…nak tau result ana…hm..ana dapat Jayid(GOOD) je, walau pun sebelum ni ana x target pon untuk dapat result ana, n ana jangkakan result ana mungkin ada yang fail, tapi bila dapat result  Jayid ana jd sdih plak. Ha..ha…mungkin sebab ramai sangat kot bebudak lain yang dapat Mumtaz(EXCELENT) dan Jayid Jiddan(VERY GOOD), lebih 50% kalau tak silap pelajar tahun satu yang dapat Mumtaz dan Jayid Jiddan, apa-apa pun ana bersyukur kerana semua qada dan qadar Allah ada hikmahnya, lagi pon ada senior kata nak dapat jayid ni pon bukan senang, so ALHAMDULILLAH.

Dah terlanjur dah ana g tau result ana, amik kesempatan lah tulis details, mudah sikit kan org faham, lagi pon ana x bg tau pon agi result kat mak ana, so biar mak ana baca kat cini lah…  Result macan nie dia ada 5 level.

MUMTAZ (EXCELENT)

JAYID JIDDAN (VERY GOOD)

JAYID (GOOD)

MAQBUL (PASS)

RASIB (FAIL)

Ha..macam nie lah…so ana dapat Jayid je..bagi pelajar yg dapat Rasib nih ada second chance untuk amik ujian kedua(durr thani), Alhamdulillah ana x kena...

Dan kitaorang ada 5 subjek semuanya

                ANATOMY

                PHISIOLOGY

                BIOCHEMISTRY

                HISTOLOGY

                ENGLISH

Ni lah subjek2 kitaorang untuk tahun pertama, ana dapat Jayid je bagi setiap subjek nih,kecuali Biochemistry ana dapat Jayid Jiddan.

Sekarang nie pulak ana tak tau nak buat apa...bosan jek, nak balik Malaysia lah, ke nak balik lambat lagi...hm........ nak kol mak ana lah kejap agi....

 Ni je lah kot coretan kali ni…em…kalau ada apa-apa nak tanya silakan tanya kat ruangan komen kat bawah nie K… nak tanya kat YM pon bleh….syukran..

(20 JULAI 2010: 10.35AM)

Isnin, 12 Julai 2010

Yeah....

Assalamualaikum….12 JULAI 2010, 07.01 petang

Hm...ari ni ada program utuk pelajar tahun satu (Ukhwah Kuftah Dan Syawarmah), pagi tadi main futsal x pegi sebab tido rr.....haaa....dengar-dengar citer x ramai datang cian2... pastu petang tadi pertandingan main Counter Strike..hm...ni ana pegi..tapi x main pun, sekadar nak support program nie..ha..ha... adalah beberapa kerat yang datang..ana pon lepak-lepak kejap pastu ana balik lah ke rumah..hm..ada kerja tak settle lagi kat umah nie...dah berapa hari tertangguh...hari ni ana rasa boleh kot menyiapkan kerja nih...

Ha..ha...nie lah kerja yang ana katakan...dah lama men game nih tak abis lagi...

TETAPI......


Ha...akhirnya setelah lama berusaha...tamat dah main game nih....best gak main game yang men"tensyen"kan nih...lagi best dari ikot program budak2 nie buat... ha..ha...

pelik betol ayat game nih tulis...."CONSIDER YOURSELF A HERO"...ha..ha...

Tapi yang sedih nya... pas nie nak men apa...ana nih kalau dah abis men satu game..akan jadi bosan nak men game tu lagi... ha.ha....so..nak wat apa lepas nie...ana pon tak tau... ha..ha...

Ha..malam nie pulak ade lagi program..penutupan pulak...ha..ha..tapi telah dibatalkan.. sebab..x ramai orang nak datang...apa boleh buat kan...

Nie je kot post kali nie...ha..ha...selamat membaca...(sori ye..kalau banyak salah ejaan)

(12 JULAI 2010: 7.16PM)

Ahad, 11 Julai 2010

UKHWAHFILLAH 2.


Assalamualaikum….11 JULAI 2010, 10.37 pagi..

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kehidupan sekali lagi pada kita pada hari ini

Hm…tajuk kat atas nie UKHWAHFILLAH  lagi..ha..ha… Em… tajuk nie best tau sebab sesiapa yang dapat merasai suasana berukhwah semata-mata kerana ALLAH nie, pasti akan merinduinya. 

Haa…nak citer sket pasal blog nih…ha..ha.. korang ni baca bukan nak komen kat bawah nie... nak jugak ana tanya sorang2 apa komen…bukan apa pun, cuma nak memperbaiki diri, hm…bila tanya ngan beberapa orang yang membaca blog nie… diorang komen tentang bahasa, orang belah-belah semenanjung Malaysia nih kata blog nie bahasa dia macam bahasa sabah… ha..ha… can’t be help aq dah memang orang sabah…tapi bila tanya dengan orang sabah dia cakap macam bahasa orang semenanjung…ha..ha…apa boleh buat aq dok kat Tanta(Mesir) ni pon duduk ngan orang Kelantan, ngan orang Kedah(tgk gambar atas nie), ha..ha..macam rojak dah, bahasa pon rojak jgak lah… tp tak kisah lah tu kan…asalkan paham…kalau tak paham bg tau, buat arab pulak….

Hm…bnyk pulak mengarot….K..

Bila kita fikir-fikirkan semula, adakah persahabatan kita nie, berukhwahnya kita ini adalah berlandaskan UKHWAHISLAMIAH…iaitu UKHWAHFILLAH, “alah napa lah nak sibuk-sibuk nak berukhwah cara islam nie… kawan-kawan macam biasa dah la…” memanglah ukhwahislamiah ni susah tapi yang susah nie lah yang hebat ganjaranY…

Kat bawah nie antara kepentingan ukhwahfillah,

  1. Untuk mendapat keredhaan Allah, kerana Dia suka pada orang yang menghubungkan ukhwah begitu juga penghuni langit dan bumi.
  2. Kita juga mengembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan ukhwah.
  3. Pahala yang berterusan.
  4. Rezeki yang diberkati Allah
  5. Allah s.w.t melanjutkan usianya.
  6. Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
  7. Iblis dan syaitan bertambah gelisah.
  8. Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada disekelilingnya
  9. Mengembirakan jenazah yang berada di alam barzah.
  10. Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak,tiada amalan yang lebih baik melainkan dapat mengembirakan hati orang-orang beriman.

Segala puji bagi ALLAH yang memuliakan orang-orang yang berukhwah untuk keredhaanNya.

Ha..yang tadi tuh hikmah UKHWAHFILLAH, bagaimana pulak syaratnya, kat bawah ni adalah syarat-syarat berukhwah:

  1. Ikhlas
  2. Bersama ukhwah ada iman dan taqwa
  3. Melazimi ajaran Islam (amar makruf nahi mungkar)
  4. Nasihat-menasihati ke jalan Allah s.w.t.
  5. Tolong-menolong kerana Allah s.w.t.

Kalau kita tak penuhi syarat-syarat nie tak jadi lah ukhwah kita, untuk apa kita bersahabat tanpa ingat memperingati antara satu dengan yang lain kan, so kalau dah kawan-kawan nasihat tuh dengar lah ye, bukan dia nasihat nak tunjuk hebat depan korang, dia nak memperbaiki korang sebelum orang lain terhidu keburukan korang tuh, kalau dia nak tunjuk hebat banyak je cara lain yang best yang orang lain boleh lihat.

So, apa pula caranya untuk kita mendapatkan semangat berUKHWAHFILLAH, atau pun roh UHWAHFILLAH itu:

1. Memberitahu kepada saudara yang dicintainya-

Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”. (H R Abu Daud dan Tirmizi)

2.  Berdoa untuk mereka-

Menurut riwayat Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak seorang

hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan

bagimu juga seperti itu”.

3.  Berjabat tangan bila bertemu-

Rasulullah s.a.w menyarankan pada umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: “Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah”.

4.  Memberi senyuman ketika bertemu-

Hadis riwayat dari Abu Dzhar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah engkau remehkan kebaikan apa sahaja yang datang dari saudaramu dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan”. (H R Muslim)

5.  Mengunjungi saudara-

Dalam kitabnya Al-muwathtaa Imam Malik meriwayatkan bersabda Nabi Muhammad s.a.w bahawa Allah s.w.t berfirman: “Pasti akan dapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku”.

6.  Menyampaikan ucapan selamat-

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah s.w.t mengembirakannya pada hari kiamat”. (H R Tabrani)

7.   Memberi hadiah-

Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati”.

8.  Memperhatikan keperluan sahabat-

Riwayat oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Siapa yang meringankan beban penderitaaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam kesusahan pasti Allah s.w.t akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah s.w.t akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya (H R Muslim)

Ha..ha…susah jugak nih nak buat semua nie….ana pun tengah berusaha, apa yang penting kita berusaha, ana teringat ada sorang akhi nih nasihat kat ana dia kata, “ALLAH tak pandang pada hasil yang kita usahakan, tetapi ALLAH pandang pada usaha yang kita lakukan” lebih kurang macam tu lah, ana pon tak arif asal kata-kata nih.

Tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ithar. So, sama-sama lah kita berusaha dan berdoa semoga ukhwah yang kita jalinkan ini mendapat keredhaan ALLAH...

Hm…post kali ini pon panjang lebar dah, so ana pun nak mengundur diri…Assalamualaikum…

(11 JULAI 2010: 11.29AM)

Khamis, 8 Julai 2010

Ukhwah Kuftah Dan Syawarmah - First Year Project

Ha...kali ni post pasal program utk 12 Julai nih....web Perubatan Cawangan Tanta(PCT) x leh bukak, ada musykilah...so post lah kat mana2 yg ble post...

ni pulak tentatifnya.......



hm...pembagagian Group bleh tgk kat forum PCT (http://perubatantanta.21.forumer.com/viewtopic.php?p=2176#2176)

Rabu, 7 Julai 2010

AKTIVITI MASA LAPANG...

Salam….8 JULAI 2010, 1.40 pagi

He..he…ntah napa mata nie x leh nak lelap…so..nak buat sedikit coretan... Citer sket pasal apa yang berlaku semalam….Semalam…pas solat suboh…rasa best je tido…nyaman je rasa…so ana pon sambung tido...dalam tido tuh ade lah t’jaga kejap…kawan ana dtg…

“Salam zid..aq nak balik Malaysia dah nie”, kawan ana cakap,

“Hm…ye lah balik lah…”, ana cakap dalam separuh sedar.

Sekarang nie cuti summer, so ramai pelajar balik Malaysia, ana pon insyalah ada rezeki balik gak tp lewat sikit, hari demi hari makin sedikit ana tgk org Malaysia kat bumi Tanta nih…sambung citer balik…pas bual2 dalam tido ngan kawan ana tuh…ana pun sambung tido…(penat lah katakan… setiap hari angkat barang orang pindah…) selepas beberapa jam tidur ana pun bangun dengan segarnya…tapi sedihnya ana sorang je kat umah…yang lain dah pegi Iskandariah, Mesir untuk hantar kawan yang nak balik Malaysia ke lapangan terbang,

Hm..ni yang nak citer nie AKTIVITI MASA LAPANG ana pada hari semalam.

Oleh kerana umah kosong tak ada orang kecuali ana lah(ana ni orang gak)…makcik ana penah cakap paling senang kemas umah adalah semasa tak da orang kat umah, so ana pon amik kesempatan untuk kemas-kemas rumah, Fuh penat wo…bersih2 umah….baru ana tau betapa penatnya mak ana bersih umah, he..he…sori ye mak kerana selalu buat semak kat umah…(mak ana baca blog ni, insyallah).

Dah penat bersihkan umah ana pon berehat lah..(dah zohor dah)..pas solat zohor…seperti biasa seperti hari-hari sebelumY…ana pegi tolong orang pindah umah...semalam angkat barang ada satu yang istimewa…sebab ramai senior turun padang sama-sama, memantapkan ukhwah antara kitaorang. 

Dah siap pindah-randah, seperti biasa tuan rumah buat jamuan sikit untuk kitaorang (thanks lah ye…), pastu azan maghrib pun berkumandang, so masing-masing pulang ke sarang.

Sarang ana masih kosong x berpenghuni…"bila lah diorang balik ni" ana tertanya-tanya. Dah solat maghrib, ngaji kejap, solat isyak, then….ana pun merasa bosan… so ana pun pegi lang mengadap laptop ana, klik sini…klik sini…ana pun klik satu game…he..he…

 

Game nih nostalgia sangat, ana tak tau lah sahabat-sahabat pernah tak main game nie, game nie ana main sebelum sekolah rendah lagi, hm..hebat gak dulu main mende nih...sekarang dah x hebat dah...


 ni Stage 1.....mula2 main memang susah nak lepas Stage 1 nih...ha...ha...selepas mengasah bakat yang telah tumpul beberapa kali, akhirnya ana dah sampai Stage 5...

wah..wah...tgk screenshot atas nie...nie lah Stage 5...tgk nyawa tuh..kat sebelah kiri kat atas...full tuh...he..he...(tp Stage 5 nie memang tough giler lah..sampai sekarang tak lepas2...hu..hu~ )

Hm...bila main game nie ingat ngan abang n adik ana...dulu main game nih sampai gaduh2...lucu btol lah...

Lepas main game nih dengan stessnya(sebab tak naik2 level) ana pon merehat kan diri...tapi tak terlelap tetiba ahli bait ana balik..fuh jala-jalan sakan diorang...skarang diorang dah tido...ana pulak tak tido-tido...

So nie lah AKTIVITI MASA LAPANG ana semalam tapi hari-hari yang lain pon tak jauh beza semua hampir sama je...ha..ha...agak membosankan gak kan...

Hmmm....ok lah sampai ni je kot coretan kali nie...sila2 lah komen ye....nie lah AKTIVITI MASA LAPANG ana...ha..ha...agak membosankan gak...

(8 JULAI 2010: 2.24AM)

Isnin, 5 Julai 2010

ABAH

Assalamualaikum….6 JULAI 2010, 6.01 pagi..

Mulanya tadi nak buat coretan memperkenalkan diri ana, tapi takda idea tapi takpalah ada dah sikit tulis kat tepi page nih, so ana nak tulis tentang family ana lah…so ana mulakan dengan ABAH ana.

Nama beliau Yahya bin Yunus, ABAH berbangsa Brunie, atok ana Yunus Bin Matahir berbangsa Brunie, manakala nenek ana Noriah bin Mathir Berbangsa cina tetapi dibesarkan oleh keluarga angkatnya yang berbangsa Brunie. Dilahirkan pada 3 November 1965 bersamaan dengan 20 Rejab 1385. Dilahirkan di Kampung Air, Sandakan. Abah ana telah pun meninggal dunia pada 25 Oktober 2007 bersamaan dengan 14 Shawwal 1428 (14 hari selepas raya).

Hm...apa lagi nak citer......ok..

Perkerjaan ABAH ana bermula dari seorang guru sekolah rendah sehinggalah menjadi seorang pensyarah. ABAH ana telah melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sandakan pada tahun berapa ana pun tak ingat. Selepas itu, menjadi guru sekolah rendah pada tahun 1988, di SK Kampung Bukit Quoin, Tawau. Kemudian pada tahun 1991 kot berpindah ke SK Karamunting Sandakan, Sabah pada, kemudian ABAH mendapat jawatan di Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan. Selepas tu, ABAH melanjutkan pendidikan dalam bidang Kaunseling di Universiti Putra Malaysia(UPM).

Setelah tamat belajar, ABAH mendapat jawatan di SMK Muhibbah, Sandakan sebagai guru kaunseling di sekolah tu..Selepas beberapa tahun berkerja di sekolah tersebut (ana sebenarnya malas nak kira-kira tahun ni..lain kali lah ana buat kronologi pulak) ABAH mendapat jawatan sebagai Kaunselor di Maktab Perguruan Sandakan di Sandakan. Kemudian, Maktab Perguruan Sandakan dipindahkan ke Tawau(daerah lain di Sabah) sebagai Maktab Perguruan Tawau, Sabah(sekarang dikenali sebagai Institut Perguruan Tawau, selepas dinaik taraf) pada tahun 2006 kalau x silap lah...


  • Kat atas nie gambar semasa raya tahun 2007. Nie lah gambar raya terakhir kitaorang sekeluarga bersama ABAH.

(Yang budak pompuan kecik comel-comel tuh adik ana yg bongsu Amira Uzma Binti Yahya, dia sorang je pompuan, sebelah dia ABAH, pastu Mak, Rabedah binti Abdul Ahmad, pastu adik ana yang kedua, Mohd Izzat bin Yahya, yang kat belakang tuh, dari kiri, adik yang first, Mohd Hazeq Bin Yahya, pastu Abang ana, Mohd Uzair Bin Yahya, pastu Ana...ni masa muda mudi lagi..ha..ha...)

Nak cerita sikit tentang ABAH ana ni,

Abah ana ni seorang yang sangat tegas dan garang, hampir setiap hari kitaorang adik-beradik akan mendengar bebelan beliau (hu..hu..rindu nak dengar bebelan..). ABAH juga seorang penasihat yang baik..hm...lepas dia dah marah kitaorang sampai nangis-nangis...merajuk masuk dalam bilik merajuk, ABAH pun datang pujuk bagi nasihat (hu..hu...sebak lah), hm...kalau ana tak perasan lah kan..( ha..ha... )ana nih banyak t'pengaruh ngan sifat ABAH, kalau ahli bait ana tgk ana ni kadang-kadang membebel tuh, tu sebab ana membesar mcm tu lah.... Citer balik pasal ABAH, ABAH ni sangat teliti dan pembersih. Dah teliti, pembersih pulak...memang kalau kereta yang dia bawak setiap hari pegi kerja tuh, habuk pun x da...(tu yang kitaorang selalu kene marah...sebab slalu letak habuk kat kereta...ha..ha..), walaupun ana kata ana ada mewarisi sifat ABAH, tetapi nak dibandingkan ana ngan ABAH, ABAH ni profesional sangat bila berkerja, nak bukti tgk lah kereta(tanya lah family ana), perbezaan semasa ABAH guna dan ana guna, hu..hu...walaupun berusaha sedaya upaya, kereta tu payah sangat lah nak maintain bersih..ha..ha..

Satu lagi yang ana tabik spring kat ABAH ni dia ni seorang yang berkebolehan, macam-macam perkara dia pandai buat, tentang perpaipan, tentang elektronik, pertanian, mengajar dah mesti lah kan, ana pon sedang sedaya upaya mengikuti jejak langkah beliau, alhamdulillah time kecik-kecik dulu slalu tolong ABAH buat keje, jadi tau la buat paip skit, letrik sikit, kerja kayu sikit...takpa sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Banyak lagi kalau nak cerita tentang ABAH ni..takut meleret-leret pulak kan...em... ha...satu lagi yang ana tabik kat ABAH ni, ABAH ni ada banyak kawan...selalu jalan-jalan ngan dia mesti ada je jumpa kawan-kawan dia, satu lagi kitaorang family nih kadang-kadang rasa tak puas hati terhadap kawan-kawan ABAH, tapi ABAH tetap menjadi sahabat yang setia untuk kawan-kawannya.

Bilaa ingatkan ABAH, ana jadi sebak, tapi ABAH merupakan salah satu daripada sumber motivasi ana sampai sekarang ni, dari kecik dulu lagi ana "admire" sangat ngan ABAH....ana berharap ana boleh jadi seperti ABAH ana dan lebik baik lagi insyallah....hm...sampai sini je kot nukilan ana untuk kali ni....

Al-Fatihah....semoga roh ABAH bersama orang-orang yang b'iman dan orang-orang soleh...

6 JULAI 2010, 7.21AM

Borang Penginapan BAIT ALHAKIM

Hm...selepas dipertimbangkan semula... Penginapan d BAIT AL-HAKIM..adalah PERCUMA...terima kasih pada KETUA RUMAH kerana mempertimbangkan semula cadangan tersebut...

Mesyuarat 05 JULAI 2010

BAIT Al-HAKIM

Ahli Rumah: 4 0rang

AGENGA 1, Duit Rumah

Sewa Rumah: 750 LE

Sewa Line Telefon: 50 LE

Sewa Internet: 230 LE/10

Bil eleletrik: 55LE x 2

Bil Air: 20 LE x 2

Duit Makan: 200 LE

JUMLAH:  1250 LE

Sorang bayar : 312.50 LE

 

BAKI BULAN LEPAS (BBL): 240LE

Hutang Ahli Bait kat Umah

 Hakim: 98 LE

Abe Sam: 80 LE

 

(BBL) – (Hutang) = 62 LE

 

AGENDA 2: RUMAH

Rumah ni tuan rumah benarkan keluar pada hujung bulan 8.

Cadangan untuk mengurangkan beban sewa:

  1. Tutup Bilik Belakang(bilik farid) supaya sewa rumah turun jadi 500LE
  2. Iklan kan umah ni supaya ada orang lain nak sambung tinggal dan sewa rumah ni.(umah ni boleh extend akad selama setahun)
  3. Tawarkan kepada Ummi, rumah ni untuk first year tahun depan, so Ummi sambung bayar sewa rumah ni(mcm imarah MM n Imarah Oman)
  4. Menyewakan bilik belakan klepada sahabat2 yang ingin menumpang; dengan kadar sewa mengikut kepala sebanyak 4LE semalaman/orang.

Semua cadangan di atas telah diterima.

Cadangan untuk cari rumah;

  1. Mula hari ni, selepas asar; cadangan d terima, insyallah starat hari ni.
  2. Hakim cadangkan cari umahkat lorong ni sahaja, cadang ditolak.

AGENDA 3 : MAKAN

Untuk mengurangkan pembaziran cadangan diberikan supaya makan sekali sehari sahaja,; cadangan diterima.

AGENDA 4: INTERNET

Untuk mengurangkan risiko karenah arab, risau x boleh batalkan penyewaan internt bulan hadapan, semua b’setuju untuk membatalkan penyewaan internet bermula pada bulan ni.

16 julai ni Yazid pegi bayar bil dan mintak batalkan penyewaan, bawa senior kalau boleh.

AGENDA 5: JADUAL MASAK

Oleh kerana ahli bait yang berkurangan, jadual masak baru di usulkan, dan telah di sepakati.

ISNIN

Abe Samhan

SELASA

Hakim

RABU

Yazid

KHAMIS

Yazid

JUMAAT

Yazid

SABTU

Hazwan

AHAD

Hakim

 

Saje post untuk dokumentasi...ha..ha...

Ahad, 4 Julai 2010

UKHWAHFILLAH

 Assalamualaikum…(4 JULAI 2010. 11:13 malam)

Hm… malam ni…bebudak umah (kat mesit kitaorang panggi “ahli bait”) dah balik, baru balik maghrib tadi... skarang semua tengah tidor nyenyak…

Em..semalam guna “aku” kan….kali ni nak tukar lah guna “ana” pulak…”aku” mcm kasar sangat laa…

Pagi tadi bangun lambat, hu...hu sedih-sedih.…maklumlah ahli bait tak de nak kejut kan..tido pulak lewat, lepas bangun terus mandi..pastu ahli bait ana ajak jalan-jalan ke Bandar Tanta, Mesir (x mcm Bandar pon..ha..ha..kitaorang panggil “Awwal Bahr”). Mula-mula tak nak pegi tapi dia belanja makan jadi pegi la..pastu balik zohor…lepas solat zohor trus pegi tolong orang pindah..tolong2 la angkat barang sampai lah asar tadi…

            Hmm..yang sebenarnya bukan nak cerita pasal apa yg jadi hari ni..nak cerita tentang tajuk kat atas tuh..UKHWAHFILLAH… sambung sikit citer tadi..ha…time angkat barang nih…bukan dapat penat je…lepas penat..dapat makan-makan pulak (tuan rumah yang pindah sediakan sedikit jamuan untuk sahabat-sahabat yang datang membantu)..memang macam dah jadi tradisi kitaorang kat sini di Tanta ni lah x tau la tempat lain kat Mesir ni,. Nak citer kat sini bila dah kitaorang angkat barang sama-sama, penat sama-sama, pastu makan sama-sama…ukhwahfillah antara kitaorang makin kuat..insyaALLAH… hm..tu yang nak kempen sikit nie…sape2 yang ada masa t’luang tu mari lah dating sama-sama kita mengeratkan ukhwah dengan menolong orang pindah-randah….nanti kita nak pindah sape plak nak tolong kan….

            Kembali pada tajuk di atas, sebelum-sebelum nih..ana dah menginterview beberapa oran. Ana tanya mcm nie lah lebih kurang, “apa tu UKHWAHFILLAH???”

Ngan mudahY ramai jawab…berukhwah@bersahabat kerana ALLAH..tapi sejauh manakah kita umat islam ni..beruhwah kerana ALLAH…mungkin ada yang dah maklum, ada sesetengah masyarakat kita berukhwah@bersahabat kerana satu geng, contohnya dalam geng skin head, punk, ntah la geng apa lagi, ni kitah dah sedia maklum ni bukan UKHWAHFILLAH ni ukhwah filGENG….

Ada pulak masyarakat kita yang berukhwah kerana berkepentingan.. bila tnya ni kat orang, ramai yang tanya balik…”ukhwah b’kepentingngan tu apa??” ana pun x arif sangat… uhwah b’kepentingan yang ana maksudkan ni adalah ukwah @ b’sahabat ngan seseorang untuk mendapatkan kelebihan dari sahabat kita tuh untuk kepentingan kita..tak kisah lah  untuk mendapatkan duit atau pangkat, atau untuk mendapatkan kebaikan dari dia…atau untuk dapat makad dia masak…semua ukhwah ni pun bukan UKHWAHFILLAH…sebabnya dia berukwah bukan kerana ALLAH tetapi kerana kelebihan yang ada pada sahabatnya..

Ada pulak segelintir masyarakat yang ukhwahnya itu kerana berada dalam satu jemaah@persatuan, ni lebih kurang sama lah ngan ukhwah filGENG tadi tapi ni baik sikit….dalam kes ni… kita patut sedar lah kan(ana pun baru tersedar) yang patut kita tanam di jiwa ni budaya.. UKHWAHFILLAH….iaitu kita berukhwah@bersahabat kerana ALLAH…so kita  walau pun jiran kita, atau sahabat kita, b’lainan fahaman@jemaah@persatuan...tak payah lah gaduh-gaduh…selagi kita sama2 islam, sebab selagi kita islam tuhan kita satu je…iaitu ALLAH.. sebab dalam perinsip UKHWAHFILLAH yang pernah saya dengar bunyinya mcm nil lah(ada bunyi tak??) “aku mencintaimu kerana agama mu, kalau kilang agamamu maka hilanglah cinta ku padamu” fuh bunyi mcm jiwang cinta-cinta kan…tapi mcm tu lah kita beruhwah sampai taham kita mencintai sahabat kita…r

Rasanya sampi ni je kot malam ni…nak tido pulak…badan pun dah penat…insyallah ada kot, sambungan lepas ni…insyaALLAH……

(4 JULAI 2010: 11.59PM)

 

Sabtu, 3 Julai 2010

FIRST..

3 Julai 2010, 10.33 malam aku kat umah sorang-sorang, bebudak umah pegi Kaherah n sorang lagi pegi umah baru dia ( hu..hu~ dia nak keluar dari umah nie laa… ).  Hmm…so malam ni aq decide untuk buat blog lah…. dah piker dah..n tnya2 orang…. Jd rasanya x rugi lah mencuba untuk buat blog.

Berdasarkan bacaan dan rujukan….blog nie adalah sejenis website yang diurus oleh admin ia di gunakan untuk memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian.

So..aku plak nak wat apa kat blog nih… Buat suka ati lah kan. Sebenarnya yang merisaukan aku untuk membuat atau menulis blog nie.

Yang PERTAMA : Risau blog nie jadi tempat mengeluh, mula2 risau gitu-gitu je…tapi td dapat email dari kawan bagi tazkirah ni yg buat tambah seram nak wat blog nie, mcm ni dia tulis (x tau lah dia tulis ke sapa tulis.. ha..ha..)

mengeluh, perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram, kerana itu

Rasulullah s.a.w. bersabda:

" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah: merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula,

 “Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh jika dia mati sebelum taubat maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.

(Riwayat oleh Imam Majah)

            Yang KEDUA : Risau blog nie jadi tempat mengumpat, ramai dah maklum kan dengan hal mengumpat nie…dah memang tak elok tapi susah ditinggalkan. Nak cerita pasal mengumpat nie pon malas gak ramai dah tau kan… kalau nak tau tekan je kat search engine tuh.

            Yang KETIGA : Risau blog nie jadi tempat berbangga diri. Huh…. Ni risau sangat-sangat nie… jd nak cakap awal2 lah ye…diri yang menulis nie org biasa…nak berkata-kata nak menulis lebih senang dari mengamalkan.

            Yang KEEMPAT :  Hmmm..apa lagi ek… banyak lagi sebenarnya..tapi dah tak ingat. So, apa yang penting tolong untuk ingat-ingatkan, kalau ada apa2 yang tersalah dan tersilap, tu ,merupakan tanggungjawab anda sebagai pembaca…

            So, sampai sini je lah kot tulisan saya buat yg FIRST nih..nak kata dakwat habis bukan tulis guna pen..nak kata masa mencemburui ada bnyak masa lg sebenarnya…. Tapi setakat ni je lah dulu buat yg FIRST nih..Jangan lupa tnggalkan komen ya…

(3 JULAI 2010: 11.22PM)