Assalamualaikum….11 JULAI 2010, 10.37 pagi..
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kehidupan sekali lagi pada kita pada hari ini
Hm…tajuk kat atas nie UKHWAHFILLAH lagi..ha..ha… Em… tajuk nie best tau sebab sesiapa yang dapat merasai suasana berukhwah semata-mata kerana ALLAH nie, pasti akan merinduinya.
Haa…nak citer sket pasal blog nih…ha..ha.. korang ni baca bukan nak komen kat bawah nie... nak jugak ana tanya sorang2 apa komen…bukan apa pun, cuma nak memperbaiki diri, hm…bila tanya ngan beberapa orang yang membaca blog nie… diorang komen tentang bahasa, orang belah-belah semenanjung Malaysia nih kata blog nie bahasa dia macam bahasa sabah… ha..ha… can’t be help aq dah memang orang sabah…tapi bila tanya dengan orang sabah dia cakap macam bahasa orang semenanjung…ha..ha…apa boleh buat aq dok kat Tanta(Mesir) ni pon duduk ngan orang Kelantan, ngan orang Kedah(tgk gambar atas nie), ha..ha..macam rojak dah, bahasa pon rojak jgak lah… tp tak kisah lah tu kan…asalkan paham…kalau tak paham bg tau, buat arab pulak….
Hm…bnyk pulak mengarot….K..
Bila kita fikir-fikirkan semula, adakah persahabatan kita nie, berukhwahnya kita ini adalah berlandaskan UKHWAHISLAMIAH…iaitu UKHWAHFILLAH, “alah napa lah nak sibuk-sibuk nak berukhwah cara islam nie… kawan-kawan macam biasa dah la…” memanglah ukhwahislamiah ni susah tapi yang susah nie lah yang hebat ganjaranY…
Kat bawah nie antara kepentingan ukhwahfillah,
- Untuk mendapat keredhaan Allah, kerana Dia suka pada orang yang menghubungkan ukhwah begitu juga penghuni langit dan bumi.
- Kita juga mengembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan ukhwah.
- Pahala yang berterusan.
- Rezeki yang diberkati Allah
- Allah s.w.t melanjutkan usianya.
- Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
- Iblis dan syaitan bertambah gelisah.
- Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada disekelilingnya
- Mengembirakan jenazah yang berada di alam barzah.
- Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak,tiada amalan yang lebih baik melainkan dapat mengembirakan hati orang-orang beriman.
Segala puji bagi ALLAH yang memuliakan orang-orang yang berukhwah untuk keredhaanNya.
Ha..yang tadi tuh hikmah UKHWAHFILLAH, bagaimana pulak syaratnya, kat bawah ni adalah syarat-syarat berukhwah:
- Ikhlas
- Bersama ukhwah ada iman dan taqwa
- Melazimi ajaran Islam (amar makruf nahi mungkar)
- Nasihat-menasihati ke jalan Allah s.w.t.
- Tolong-menolong kerana Allah s.w.t.
Kalau kita tak penuhi syarat-syarat nie tak jadi lah ukhwah kita, untuk apa kita bersahabat tanpa ingat memperingati antara satu dengan yang lain kan, so kalau dah kawan-kawan nasihat tuh dengar lah ye, bukan dia nasihat nak tunjuk hebat depan korang, dia nak memperbaiki korang sebelum orang lain terhidu keburukan korang tuh, kalau dia nak tunjuk hebat banyak je cara lain yang best yang orang lain boleh lihat.
So, apa pula caranya untuk kita mendapatkan semangat berUKHWAHFILLAH, atau pun roh UHWAHFILLAH itu:
1. Memberitahu kepada saudara yang dicintainya-
Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”. (H R Abu Daud dan Tirmizi)
2. Berdoa untuk mereka-
Menurut riwayat Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak seorang
hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan
bagimu juga seperti itu”.
3. Berjabat tangan bila bertemu-
Rasulullah s.a.w menyarankan pada umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: “Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah”.
4. Memberi senyuman ketika bertemu-
Hadis riwayat dari Abu Dzhar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah engkau remehkan kebaikan apa sahaja yang datang dari saudaramu dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan”. (H R Muslim)
5. Mengunjungi saudara-
Dalam kitabnya Al-muwathtaa Imam Malik meriwayatkan bersabda Nabi Muhammad s.a.w bahawa Allah s.w.t berfirman: “Pasti akan dapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku”.
6. Menyampaikan ucapan selamat-
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah s.w.t mengembirakannya pada hari kiamat”. (H R Tabrani)
7. Memberi hadiah-
Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati”.
8. Memperhatikan keperluan sahabat-
Riwayat oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Siapa yang meringankan beban penderitaaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam kesusahan pasti Allah s.w.t akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah s.w.t akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya (H R Muslim)
Ha..ha…susah jugak nih nak buat semua nie….ana pun tengah berusaha, apa yang penting kita berusaha, ana teringat ada sorang akhi nih nasihat kat ana dia kata, “ALLAH tak pandang pada hasil yang kita usahakan, tetapi ALLAH pandang pada usaha yang kita lakukan” lebih kurang macam tu lah, ana pon tak arif asal kata-kata nih.
Tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ithar. So, sama-sama lah kita berusaha dan berdoa semoga ukhwah yang kita jalinkan ini mendapat keredhaan ALLAH...
Hm…post kali ini pon panjang lebar dah, so ana pun nak mengundur diri…Assalamualaikum…
(11 JULAI 2010: 11.29AM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan