Assalamualaikum….6 JULAI 2010, 6.01 pagi.. Mulanya tadi nak buat coretan memperkenalkan diri ana, tapi takda idea tapi takpalah ada dah sikit tulis kat tepi page nih, so ana nak tulis tentang family ana lah…so ana mulakan dengan ABAH ana.
Nama beliau Yahya bin Yunus, ABAH berbangsa Brunie, atok ana Yunus Bin Matahir berbangsa Brunie, manakala nenek ana Noriah bin Mathir Berbangsa cina tetapi dibesarkan oleh keluarga angkatnya yang berbangsa Brunie. Dilahirkan pada 3 November 1965 bersamaan dengan 20 Rejab 1385. Dilahirkan di Kampung Air, Sandakan. Abah ana telah pun meninggal dunia pada 25 Oktober 2007 bersamaan dengan 14 Shawwal 1428 (14 hari selepas raya).
Hm...apa lagi nak citer......ok..
Perkerjaan ABAH ana bermula dari seorang guru sekolah rendah sehinggalah menjadi seorang pensyarah. ABAH ana telah melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sandakan pada tahun berapa ana pun tak ingat. Selepas itu, menjadi guru sekolah rendah pada tahun 1988, di SK Kampung Bukit Quoin, Tawau. Kemudian pada tahun 1991 kot berpindah ke SK Karamunting Sandakan, Sabah pada, kemudian ABAH mendapat jawatan di Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan. Selepas tu, ABAH melanjutkan pendidikan dalam bidang Kaunseling di Universiti Putra Malaysia(UPM).
Setelah tamat belajar, ABAH mendapat jawatan di SMK Muhibbah, Sandakan sebagai guru kaunseling di sekolah tu..Selepas beberapa tahun berkerja di sekolah tersebut (ana sebenarnya malas nak kira-kira tahun ni..lain kali lah ana buat kronologi pulak) ABAH mendapat jawatan sebagai Kaunselor di Maktab Perguruan Sandakan di Sandakan. Kemudian, Maktab Perguruan Sandakan dipindahkan ke Tawau(daerah lain di Sabah) sebagai Maktab Perguruan Tawau, Sabah(sekarang dikenali sebagai Institut Perguruan Tawau, selepas dinaik taraf) pada tahun 2006 kalau x silap lah...

- Kat atas nie gambar semasa raya tahun 2007. Nie lah gambar raya terakhir kitaorang sekeluarga bersama ABAH.
(Yang budak pompuan kecik comel-comel tuh adik ana yg bongsu Amira Uzma Binti Yahya, dia sorang je pompuan, sebelah dia ABAH, pastu Mak, Rabedah binti Abdul Ahmad, pastu adik ana yang kedua, Mohd Izzat bin Yahya, yang kat belakang tuh, dari kiri, adik yang first, Mohd Hazeq Bin Yahya, pastu Abang ana, Mohd Uzair Bin Yahya, pastu Ana...ni masa muda mudi lagi..ha..ha...)
Abah ana ni seorang yang sangat tegas dan garang, hampir setiap hari kitaorang adik-beradik akan mendengar bebelan beliau (hu..hu..rindu nak dengar bebelan..). ABAH juga seorang penasihat yang baik..hm...lepas dia dah marah kitaorang sampai nangis-nangis...merajuk masuk dalam bilik merajuk, ABAH pun datang pujuk bagi nasihat (hu..hu...sebak lah), hm...kalau ana tak perasan lah kan..( ha..ha... )ana nih banyak t'pengaruh ngan sifat ABAH, kalau ahli bait ana tgk ana ni kadang-kadang membebel tuh, tu sebab ana membesar mcm tu lah.... Citer balik pasal ABAH, ABAH ni sangat teliti dan pembersih. Dah teliti, pembersih pulak...memang kalau kereta yang dia bawak setiap hari pegi kerja tuh, habuk pun x da...(tu yang kitaorang selalu kene marah...sebab slalu letak habuk kat kereta...ha..ha..), walaupun ana kata ana ada mewarisi sifat ABAH, tetapi nak dibandingkan ana ngan ABAH, ABAH ni profesional sangat bila berkerja, nak bukti tgk lah kereta(tanya lah family ana), perbezaan semasa ABAH guna dan ana guna, hu..hu...walaupun berusaha sedaya upaya, kereta tu payah sangat lah nak maintain bersih..ha..ha..
Satu lagi yang ana tabik spring kat ABAH ni dia ni seorang yang berkebolehan, macam-macam perkara dia pandai buat, tentang perpaipan, tentang elektronik, pertanian, mengajar dah mesti lah kan, ana pon sedang sedaya upaya mengikuti jejak langkah beliau, alhamdulillah time kecik-kecik dulu slalu tolong ABAH buat keje, jadi tau la buat paip skit, letrik sikit, kerja kayu sikit...takpa sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Banyak lagi kalau nak cerita tentang ABAH ni..takut meleret-leret pulak kan...em... ha...satu lagi yang ana tabik kat ABAH ni, ABAH ni ada banyak kawan...selalu jalan-jalan ngan dia mesti ada je jumpa kawan-kawan dia, satu lagi kitaorang family nih kadang-kadang rasa tak puas hati terhadap kawan-kawan ABAH, tapi ABAH tetap menjadi sahabat yang setia untuk kawan-kawannya.
Bilaa ingatkan ABAH, ana jadi sebak, tapi ABAH merupakan salah satu daripada sumber motivasi ana sampai sekarang ni, dari kecik dulu lagi ana "admire" sangat ngan ABAH....ana berharap ana boleh jadi seperti ABAH ana dan lebik baik lagi insyallah....hm...sampai sini je kot nukilan ana untuk kali ni....
Al-Fatihah....semoga roh ABAH bersama orang-orang yang b'iman dan orang-orang soleh...
6 JULAI 2010, 7.21AM
salam..
BalasPadamyazid ayah anta meniggal sbb pe?
klu soklan private, x pe xyah jawab
em..lupa plak nak tulis kan...em ayah ana meninggal tiba2 je...Doktor nak buat postmortem(btol ke spelling nih) tapi kitaorang x benar kan....so Doktor diagnose sebagai "Acute Myocardial Infarction"
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam. yazid, ni nk btlkn sikit2 fakta nih..
BalasPadamarwah abah habis belajar & first posting klu x silap tahun 1988, kat SK Kampung Bukit Quoin, Tawau.
kat SK Karamunting tahun 1991 sampai 1996 bulan mei klu x silap.
arwah abah sambung blajar d Universiti Putra Malaysia (UPM bkn UMS) dari julai 1996 sampai 1998. lepas 2 jd kaunselor kat SMK Muhibbah sampailalh tahun 2000.
arwah abah b'khidmat d maktab perguruan sandakan yg kemudiannya berpindah ke tawau dan d tukarkan kepada Institut perguruan tawau (official re-branding pada tahun 2006 bukan 2004) sejak tahun 2001.
semoga rohnya dicucuri rahmat Allah~~
BalasPadamInsya-Allah ...aminn~~